Thursday, January 15, 2009

Kesan Efikasi Kendiri Guru Sejarah Terhadap Amalan Pengajaran Berbantukan Teknologi Maklmumat dan Komunikasi (ICT)

Ulasan Jurnal
Kemahiran Berfikir dalam Pendidikan Komputer
Hasrul Amenuddin bin Mohd Salleh (P45665)
Tajuk : Kesan Efikasi Kendiri Guru Sejarah Terhadap Amalan Pengajaran Berbantukan Teknologi Maklmumat dan Komunikasi (ICT)

Penulis : Azwan Ahmad (SMK Syed Alwi, Kangar, Perlis)
Abdul Ghani Abdullah (Universiti Sains Malaysia, P.P)
Mohammad Zohir Ahmad (Universiti Sains Malaysia, P.P)
Abd. Rahman Hj Abd. Aziz (Universiti Sains Malaysia, P.P)

Sumber : Jurnal Penyelidikan Pendidikan (Jilid 7 2005)

1.Abstrak :

- Abstrak mengandungi tujuan untuk mengenal pasti tahap efikasi kendiri guru dan tahap amalan pengajaran sejarah berbantukan ICT. Di samping itu perhubungan antara efikasi kendiri guru dengan amalan pengajaran sejarah berbantukan ICT turut dikaji.

- Sampel kajian seramai sembilan puluh lima orang guru sejarah dipilih secara rawak daripada lima belas buah sekolah menengah kebangsaan harian di negeri Perlis Indera Kayangan.

- Data dikutip daripada responden dengan menggunakan soal selidik bersakal Likert serta dianalisis dengan menggunakan statistic deskriptif, korelasi Pearson dan regresi berganda.

2. Pengenalan.

Pengenalan dimulakan dengan senario yang dihadapi oleh guru sejarah dalam menjalankan proses pengajaran dan Pembelajaran di sekolah dengan menggunakan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT). Penekanan yang diperlukan ialah kreativiti dan inovasi guru dalam P&P.

Guru juga harus memilih kaedah pengajaran pembelajaran yang boleh menarik minat serta mencabar kebolehan pelajar, merangsang pembelajaran dan menyeronokkan, berjaya melepaskan horizon intelektual, sosial, moral, kerohanian dan mewujudkan perspektif positif seperti merasa penting untuk dipelajari serta berguna untuk masa hadapan.

3. Efikasi Guru

tokoh-tokoh akademik terhadap efikasi guru dijelaskan oleh penulis dalam memantapkan penulisan beliau. Di antara contoh tokoh akademik yang menyatakan pendapat ialah Tschannen-Moran, Hoy dan Hoy (1998), Allinder (1995), (Guskey, 1988); Coladarci, 1992).

Tschannen-Moran, Hoy dan Hoy (1998), efikasi guru merujuk kepadakepercayaan guru akan keupayaan diri untuk menyusun atur dan melakukan satu siri tindakan yang diperlukan untuk menyempurnakan satu tugasan pengajaran dalam konteks yang spesifik. Dengan lain perkatan, efikasi guru merujuk kepada kepercayaan guru akan keupayan diri untuk mengajar dalam situasi pengajaran.

4. ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Harris (2000) mengkategorikan penggunaan ICT dalam P&P kepada tiga, iaitu:-

i. pertukaran interpersonal seperti penyertaan dalam kumpulan perbincangan eletronik, bilik darjah global yang melibatkan pelajar-pelajar bertukar pendapat tentang sesuatu topik dan hubungan elektronik dengan pakar.

ii. koleksi maklumat yang melibatkan pelajar-pelajar dan guru-guru berkongsi atrikel, sumber pengajaran dan rancangan pengajaran atau berkongsi data untuk dianalisis.

iii. projek yang melibatkan penyelesaian masalah selari yang melibatkan pelajar daripada pelbagai lokasi meninjau sesuatu dan kemudiannnya berkongsi kaedah dan dapatan kajian.

5. Metodologi Kajian

a. Kajian deskriptif ini melibatkan responden seramai 95 orang guru Sejarah yang dipilih secara rawak dari 15 buah sekolah menengah harian biasa di seluruh negeri Perlis menggunakan borang soal selidik.

b. Instrumen yang digunakan untuk mengukur amalan guru Sejarah terhadap penggunaan ICT dalam kajian tersebut. Item-item tersebut terlebih dahulu telah diklasifikasikan kepada dua dimensi iaitu :
o Amalan penggunaan ICT untuk mencari maklumat sejarah (EPIK).
o Amalan penggunaan ICT untuk menyampaikan pengajaran sejarah (EPICT). Kebolehpercayaan soal selidik ini adalah tinggi dengan nilai Cronbach Alpa yang peroleh ialah sebanyak 0.82.

c. Semua data yang diperoleh daripada responden telah dianalisis dengan menggunakan min, sisihan piawai dan korelasi Pearson antara variabel bebas dan bersandar.

d. Kesan efikasi kendiri guru Sejarah terhadap amalan pengajaran berbantukan ICT pula telah dianalisis dengan menggunakan analisis regresi berganda.

6. Dapatan Kajian

a. Secara keseluruhannya efikasi pengajaran berbantukan ICT guru Sejarah adalah sederhana kerana memperoleh skor min sebanyak 3.45.
b. Hasil korelasi Pearson pula menunjukkan bahawa terdapat hubungan signifikan dan sederhana kukuh antara efikasi guru dengan amalan pengajaran Sejarah menggunakan ICT dan dimensinya iaitu nilai koefisien “r” antara 0.69 hingga 0.76.

7. Perbincangan dan Implikasi Kajian

a. Dapatan kajian menunjukkan efikasi secara keseluruhannya guru sejarah mempunyai tahap efikasi yang sederhana terhadap pengajaran sejarah berbantukan ICT.

b. Dapatan ini juga mengukuhkan pernyataan bahawa terdapat dalam kalangan guru sejarah yang masih mempunyai sikap fobia, takut serta negatif menerima perubahan kerana mereka lebih gemar dengan kaedah lama yang bersandarkan buku teks, nota edaran atau menulis pada papan hijau sahaja.

c. Dapatan ini menggambarkan bahawa pengintergrasian ICT dalam P&P dalam kalangan guru sejarah masih tidak lagi pada tahap yang tidak memuaskan kemungkinan kurangnya latihan berkaitan.

d. Dapatan ini menjelaskan bahawa apabila efikasi guru sejarah terhadap penggunaan ICT dalam pengajaran sejarah meningkat, ia turut meningkatkan amalan penggunaan ICT dalam pengajaran sejarah.

e. Kajian ini mempunyai beberapa implikasi, antaranya ialah guru sejarah harus lebih berani menggunakan kaedah pengajaran berbantukan ICT kerana rasa bimbang dan takut masih menguasai diri guru sejarah.


Kesimpulan

a. Dapatan kajian jelas menunjukkan bahawa efikasi mempengaruhi amalan penggunaan ICT guru sejarah dalam melaksanakan pengajaran sejarah.

b. Guru sejarah seharusnya mempunyai keyakinan untuk mengintergrasikan ICT dalam pengajaran bagi meningkatkan “outcomes” dan keberkesanan pengajaran.

No comments:

Post a Comment