Monday, June 15, 2009

ULASAN BUKU

Five Minds For The Future ( Topik 2 )

PEMIKIRAN YANG TERATUR

Setiap perlakuan terkawal oleh pemahaman di masa yang lampau, di mana semua perkara yang berlaku akan mempunyai jawapan yang sama dari zaman dahulu hingga kini. Contohnya sesuatu benda berat akan jatuh dahulu kerana graviti.
Pemikiran yang teratur, kita dapat melihat bahawa sesuatu benda itu jatuh/memecut pada kadar yang sama iaitu mengikut teori pecutan. Oleh sebab itu kita telah terbiasa dengan jawapan yang diberikan dari zaman nenek moyang, maka tiada perubahan yang ketara dapat dilihat kerana semuanya mempunyai jawapan dan sebab yang sama atau hampir sama.
Dalam konteks psikologi, kita bertindak mengikut pemikiran yang teratur. Contohnya kita belajar tentang had kelakuan yang sebenarnya diterjemahkan kepada ketidaksedaran motivasi atau faktor luar kawalan di mana kita tiada kuasa atau berdaya mengawal kuasa terhadap individu.
Setiap pelajar hanya belajar tentang tajuk sahaja, sama ada sains mahupun matematik. Bagi subjek sejarah misalnya, mereka hanya mengingati peristiwa dan tarikh penting dalam sejarah.
Peraturan (disiplin) adalah amat berbeza. Ia mengandungi cara pemikiran yang berbeza tentang perkara-perkara yang berlaku di sekeliling kita. Ia mengajar kita melihat, mengkaji, mengenal pasti , menganalisa dan membuat keputusan melalui tindakan.

Bagaimana hendak mengatur minda

1. Kenal pasti topik/konsep yang penting dalam sesuatu disiplin.
2. Tangani topik tersebut dengan pelbagai cara, cuba fahami dan kenal pasti halangan atau matlamat yang boleh dicapai.
3. Luangkan banyak masa pada topik tersebut, analisa contoh-contoh yang didapati.
4. Beri peluang pada diri untuk memahami dan melaksanakan mengikut cara-cara yang tertentu dengan mengandaikan kebarangkalian yang mungkin berlaku.

Kesan kepada seseorang yang tidak mempunyai minda yang berdisiplin/teratur

1. Manusia akan kekal sama/biasa, tiada perbezaan antara satu sama lain, tidak berpengetahuan , rasa terasing dan bodoh.
2. Tiada seseorangpun yang dapat memberi jawapan yang tepat dan khusus kepada persoalan yang timbul kerana daya ingatan terhad kepada perkara-perkara yang telah berlaku dahulu.

Perwatakan Individu yang mempunyai minda yang teratur

1. Menjawab soalan dengan tepat dan bernas
2. Boleh melaksanakan sesuatu atau mudah memahami sesuatu walaupun tidak wujudnya perkara-perkara penting di dalam soalan yang diberikan.
3 Mempunyai daya kreatif, cita-cita tinggi dan faham dengan apa yang perlu dilakukan.

No comments:

Post a Comment