Monday, June 22, 2009

Ulasan Buku

Beyond Transfer of Training
Mary L. Broad

Topik 1
MEMBINA ASAS UTAMA UNTUK PENINGKATAN PRESTASI DALAM SISTEM YANG KOMPLEKS

Organisasi sebagai satu sistem yang kompleks

Topik ini membincangkan tentang sistem organisasi yang kompleks dalam membina rangkaian sistem yang berfungsi untuk kepentingan prestasi syarikat atau organisasi.
Terdapat Empat (4) topik utama iaitu :

a.Tinggal dan bekerja dalam sistem yang kompleks
b.Sistem kompleks yang sederhana.
c.Sistem kompleks yang tinggi.
d.Merancang dan mereka bentuk sistem.

Dalam cabaran untuk memperbaiki prestasi sesebuah organisasi, kita hendaklah mengenal pasti aturan kerja dan suasana luaran dan dalaman sesebuah organisasi. Individu, kumpulan dan organisasi yang membuatkan sebarang aturan kerja yang dibuat memberi kesan kepada prestasi sesebuah organisasi.

Sebagai perunding, seharusnya memahami konsep kerja sesebuah organisasi untuk membantu merancang kerja untuk lebih produktif dan lebih berpuas hati dengan penglibatan mereka untuk mencapai matlamat organisasi tersebut.

Sistem yang pelbagai

Keluarga adalah satu sistem yang semakin kompleks apabila ianya mula berkembang. Apabila kita semakin dewasa, kita menyertai pelbagai sistem seperti sistem sekolah, pejabat dan pelbagai sistem lain atau subsistem.

Contoh-contoh sistem dalam organisasi :

a.ABC Railroad – Sistem yang biasa sebelum perubahan (Jadual 1.2)
Ianya lebih mudah difahami dan struktur organisasi yang sejajar sahaja. Ia menunjukkan hubungan kerja di antara jabatan dalam sesuatu organisasi dan secara langsung menunjukkan aliran kerja bagi setiap pekerja.
(Jadual 1.3) : menunjukkan perubahan terhadap organisasi ABC Railroad selepas mendapat khidmat nasihat dari Hile Group Consultant yang bertanggungjawab dalam meningkatkan prestasi syarikat ABC.

b.Sistem yang sosfikated (canggih )
Sistem kompleks yang canggih boleh ditakrifkan dengan :
-Sebahagian pihak yang bertindak sebagai badan bebas adalah menyokong kumpulan lain atau organisasi.
-Tujuan utama sesebuah organisasi dikongsi bersama walaupun mereka bekerja dalam organisasi bebas.
-Berhubung secara langsung mengikut garisan organisasi yang sedia ada.
•Contoh : Projek Pusat Latihan Kesihatan Mental ( Institut Ontario ).

No comments:

Post a Comment