Monday, June 22, 2009

Ulasan Buku

Beyond Transfer Of Training

TOPIK 8


Dalam topik ini membincangkan tentang perjalanan yang dialami oleh JHPIEGO yang menawarkan latihan kepada individu yang berkhidmat dalam bidang penjagaan kesihatan di United States. Pada permulaannya ia sangat mudah kerana berkisar dengan penduduk setempat. Walaupun ia menjadi rumit apabila ia berkembang di negara-negara lain yang berbeza dalam pelbagai bidang. Oleh itu JHPIEGO telah membuat analisa semula terhadap strategi yang dibuat dan mengadakan kursus kepada pengamal-pengamal kesihatan yang berkenaan. Oleh itu ianya telah melibatkan suasana kerja yang kompleks dan rumit kerana ia diaturkan dalam pelbagai negara.


Untuk menjadikan latihan lebih efektif dan berguna, ia telah mengubah dari sistem yang rumit kepada sistem yang mudah atau sederhana rumit. Di mana ia bermula dengan latihan untuk meningkatkan prestasi dan kemudahan mula melihat secara dekat prestasi yang sebenar. Bagi memaksimumkan kesan dalam latihan yang diberikan, ia perlulah menggunakan strategi pengubahan dari prestasi kepada pendekatan yang diberi dalam sistem yang rumit iaitu :


- Merangka dan menggunakan dapatan dari latihan yang diberikan selepas prestasi diperbaiki. Ia memberi peluang untuk memperbaiki prestasi pekerja.


- Memasukkan strategi terbaik untuk sesuatu perubahan yang dilakukan, daripada peringkat merangka kepada adaptasi dan analisa dapatan yang diperolehi.

- Mengajar pekerja utama (pengurus bahagian) untuk menukar dapatan latihan kepada dunia pekerjaan sebenar.


- Merancang dan membuat pengiraan kos dalam berkomunikasi dengan penyelia ang terlibat. Ini adalah kerana mereka adalah orang-orang penting dalam proses perubahan untuk para pekerja.


- Memasukkan pendekatan untuk melaksanakan perubahan yang sesuai serta mengambil kira aktiviti, perkakasan, material latihan, alat komunikasi yang sesuai untuk digunakan dalam proses ini.


- Memastikan bahawa kakitangan yang terlibat dalam melatih pekerja di bidang yang ditentukan telah dilatih dan mampu untuk membimbing rakan sekerja yang lain.
- Penyelia yang telah menghadiri latihan untuk melatih orang bawahan hendaklah menyatakan persetujuan untuk melatih dengan penuh dedikasi.


- Merancang dan menyediakan perbelanjaan untuk proses susulan selepas latihan. Untuk menekankan latihan kepada dunia pekerjaan yang sebenar.

Cabaran utama dalam pengendalian latihan di dalam sistem antarabangsa yang rumit akan berlaku kekeliruan. Ianya akan melibatkan perbezaan dalam pasaran kerja, perubahan pentadbiran, politik dan pelbagai masalah sosial yang memberi tekanan kepada masyarakat setempat.

No comments:

Post a Comment