Monday, June 15, 2009

ULASAN BUKU

Five Minds For The Future ( Topik 3 )

MINDA SINTESIS

Keupayaan individu mengaitkan / mencantumkan semua informasi atau maklumat daripada sumber-sumber berlainan kepada sesuatu jawapan yang logik. Kadar peningkatan dalam ilmu pengetahuan di kalangan individu bertambah, ini membuktikan bahawa minda sintesis dapat dicapai pada abad yang ke 21. Walaupun maklumat-maklumat didapati daripada pelbagai sumber dan tidak tersusun. Minda sintesis telah membantu maklumat tersebut diterjemahkan kepada sesuatu yang lebih difahami.

Jenis-jenis sintesis

1. Naratif / Cerita
Menyatukan bahan-bahan agar menjadi satu cerita yang logik. Contoh : Penyusunan kitab bible kepada sejarah kontemporari / buku teks sains
2. Pengelasan secara saintifik
Bahan cerita disusun dalam terma ciri-ciri penting. Contoh : Klasifikasi tumbuhan, haiwan, double-entry dalam Pengimbangtara. Kefahaman akan prinsip dalam struktur zarah, seorang ahli sintesis sains berupaya menjangkakan kewujudan elemen-elemen yang belum dijumpai.
3. Konsep yang kompleks
Satu konsep yang boleh mengikat atau mencampurkan baris phenomena. Dalam perniagaan, Micheal Porter mentafsir strategi sintesis 5 penggerak, penentu keuntungan. Perancangan kewangan – kitaran perniagaan, ratio ganjaran harga, prinsip 80/20 (pareto)
4. Peraturan dan pepatah
Banyak peraturan / pepatah rakyat diungkapkan dan disampaikan di dalam rangkaikata pendek, direka supaya mudah diingati dan sesuai digunakan. Contoh : “Fikir dulu, bertindak kemudian”.
5. Kiasan, gambaran dan tema bertenaga
Kehidupan individu dipengaruhi oleh konsep yang dibawa di dalam kiasan, gambaran dan tema / imaginasi yang berbeza. Contoh : Sesebuah syarikat membawa dan menggunakan perkataan, grafik dan kata-kata (tagline) di dalam mempromosikan jenama.
6. Penjelmaan tanpa perkataan
Sintesis boleh dijelmakan dalam bentuk seni. Contoh : Mural pada tembok yang sekolah.
7. Teori
Konsep boleh digabungkan menjadi teori. Contoh : Adam Smith’s teori; market terdiri daripada permintaan dan pembekal.
8. Metatheory
Adalah mudah mencadangkan keseluruhan rangka pengetahuan, begitu juga dengan “teori dalam teori-teori”. Jean-Francios (falsafah) menyatakan tiada meta teori yang sebenar.

Komponen Mengsintesis

1. Matlamat : penyataan apa seorang sintesis mahu capai.
2. Titik Mula : Idea, gambaran ataupun apa-apa maklumat yang telah sedia ada.
3. Pemilihan strategi, kaedah dan cara : Di mana disiplin seorang sintesis ditonjolkan.
4. Lakaran dan maklum balas : Akan datang, apa-apa yang telah dirancang sebelum dilaksana akan dilakar di atas kertas dan ia menerima maklum balas setelah dilaksanakan.

Secara keseluruhannya, sintesis adalah langkah pertama di dalam menukarkan atau menentukan perjalanan sebuah syarikat.
Merancang Strategi --- Melaksanakan Strategi --- Kaedah Pembetulan

No comments:

Post a Comment