Monday, June 22, 2009

Ulasan Buku

Beyond Transfer Of Training

TOPIK 6
PERKONGSIAN DAN PERUNDINGAN DENGAN PENGURUS


Topik ini memberi fokus kepada :
1. Membina sebuah perkongsian dan hubungan baik dengan pengurus.
2. Membincangkan dapatan atau hasil prestasi dengan pengurus.
3. Menyokong dan membantu prestasi pekerja dalam meningkatkan prestasi.

Definisi perkongsian ialah hubungan baik dengan pekerja (pihak atasan dengan para pekerja) sepanjang masa. Fokus kepada perkongsian perniagaan (produk dan perkhidmatan) keputusan yang diingini, prestasi tenaga kerja yang diperlukan, pesaing dan sebagainya. Ianya tidak berdasarkan kepada projek.Perunding prestasi akan membina satu hubungan rundingan apabila mengkaji tentang hasil dapatan dari proses HPT yang dilalui.

Terdapat 9 langkah untuk berkongsi dengan pengurus untuk memperbaiki prestasi :

Langkah 1 – Membina suatu hubungan yang baik dengan pengurus untuk memperbaiki prestasi.

Langkah 2 – Usaha yang berterusan sebagai perkongsian dengan pengurus.

2a. Mempelajari tentang :
a. Produk dan perkhidmatan.
b. Proses kerja.
c. Keperluan prestasi.
d. Cabaran dari segi luaran dan dalaman.

2b. Mendidik pengurus tentang :
a. Faktor yang menyokong prestasi.
b. Berdasarkan HPT, perbezaan keputusan yang diperolehi dan prestasi.
c. Pekerja merupakan sistem yang kompleks
d. Latihan dan lain-lain dapatan untuk memperbaiki prestasi.

Langkah 3 – Membina rundingan dengan pengurus untuk dapatan prestasi yang lebih teliti.
- Keperluan dan kehendak yang dikenal pasti dari keputusan yang diperolehi
dari perbandingan prestasi yang diperolehi.
- Diagram sistem yang kompleks.
- Pekerja utama.
- Faktor-faktor yang menyokong prestasi.
- Andaian dapatan yang bakal diperolehi.

Langkah 4 – Dengan pengurus mengenal pasti pekerja-pekerja yang berpotensi :
- Eksekutif, pengurusan atasan.
- Supervisor, ketua bahagian.
- Peserta.
- Perunding prestasi.
- Juru nilai
- Pelanggan, pembekal dan sebagainya.

Langkah 5 – Berbincang dengan pengurus, pekerja utama / wakil pekerja tentang :
- Menilai perbezaan dalam keputusan dari organisasi prestasi.
- Diagram sistem yang kompleks.
- Penyelidikan yang perlu untuk penglibatan pekerja.
- Faktor yang menyokong prestasi dalam suasana bekerja.
- Faktor yang menyebabkan perbezaan prestasi dan dapatan yang dijangkakan akan
merapatkan perbezaan yang terjadi.
- Menilai kejayaan, penilaian dan kaedah.
- Strategi, menilai kejayaan (draf dan menukar matrik).
- Strategi untuk menyokong prestasi kerja.

Langkah 6 – Perbincangan dengan kakitangan utama bagi mendapat persetujuan.

Langkah 7 – Merangka dapatan yang diperolehi termasuk hasilan daripada pekerja tentang
Keputusan yang dilakukan.
Langkah 8 – Mengadaptasikan dapatan yang diperolehi.

Langkah 9 – Melengkapkan dapatan yang dilaksanakan dengan persetujuan pihak pengurusan.

Langkah-langkah yang dinyatakan di atas adalah untuk mengekalkan perkongsian dan perbincangan berterusan antara pekerja untuk dapatan yang seterusnya.

No comments:

Post a Comment