Monday, June 22, 2009

Ulasan Buku

Beyond Transfer Of Traning

Topik 3

PERUNDING PRESTASI

Dalam Topik ini membincangkan tentang peningkatan prestasi di dalam sistem yang kompleks. Ciri-ciri asas perunding prestasi adalah berdasarkan proses HPT (Human Performance Technology). Teknologi berdasarkan prestasi insan, di mana ia sebagai alat ukuran yang penting dalam meningkatkan “intenvension” di dalam pelbagai organisasi. Terdapat 2 bahagian penting yang ditekankan sebagai perunding adalah sistem yang pelbagai (kompleks) dan perkongsian dengan kakitangan yang terlibat.

Topik utama yang dibincangkan di dalam topik ini adalah :

1. Fungsi perunding prestasi.
2. Proses prestasi insan berteknologi (HPT)

Topik ini juga mengajak kita mengulang kaji topik yang lepas iaitu topik 1 dan topik 2. Di antaranya :

Kepakaran Perunding prestasi
(Robinson and Robinson) telah mengenal pasti 4 perkara yang membantu untuk kejayaan prestasi sesuatu syarikat iaitu : pengetahuan perniagaan, pengetahuan tentang prestasi insan berteknologi, perkongsian kemahiran dan kemahiran konsultasi. Dalam beberapa tahun berikut konsepnya telah berkembang.

Di dalam buku ini, dapat dikenal pasti pengetahuan dan kebolehan perunding prestasi seperti berikut :
-Pengetahuan tentang (HPT) dan keupayaan untuk mengenal pasti dan menganalisa masalah dan peluang untuk mereka, mengadaptasi dan menilai “intervation” untuk mencari penyelesaian.
-Pengetahuan tentang organisasi sebagai sistem pelbagai yang sederhana dan tinggi.
-Pengetahuan tentang konsep perkongsian dengan pekerja.

Fungsi sebagai Perunding Prestasi

Perunding sentiasa bersedia dan peka dengan isu semasa berkenaan cara untuk meningkatkan prestasi pekerja mengikut keperluan semasa.

Proses Pretasi Insan Berteknologi

HPT adalah satu sistem yang sistematik dan saintifik dalam mendapatkan hasil yang diperlukan dari para peserta dengan mengenal pasti perbezaan dalam prestasi dengan kos yang efektif. Setiap peringkat pengurusan dan perunding prestasi adalah pihak yang penting dalam untuk mengetahui tentang proses ini.

ISPI telah mengenal pasti aspek penting dalam proses HPT iaitu :

1. Mendapatkan analisis yang teliti tentang prestasi semasa dan prestasi yang diperlukan.
2. Mengenal pasti sebab-sebab berlaku kelemahan prestasi atau mengenal pasti peluang untuk memperbaiki prestasi.
3. Mengenal pasti pembaharuan yang sesuai dari pelbagai jenis/cara dalam memperbaiki prestasi.
4. Bimbingan dalam membuat perubahan di pihak pengurusan.
5. Menilai keputusan yang dibuat.

No comments:

Post a Comment