Monday, June 22, 2009

Ulasan Buku

Beyond Transfer Of Training

Topik 5
PENILAIAN UNTUK MENGUKUR DAN MENYOKONG PRESTASI


Penilaian adalah alat untuk mengukur dan menyokong prestasi. Penilaian penting dalam pembelajaran dan prestasi :

1. Fakta yang disiasat (menilai, mengukur, memerhati, menggunapakai). Bagi stakeholder dengan menilai tugasan yang telah dijalankan.

2. Mengenal pasti peringkat awal penilai merujuk kepada keperluan perancangan di peringkat awal lagi. Ini adalah untuk mengenal pasti hasil dan kaedah yang diperlukan.

3. Perhubungan antara pekerja dari segi penggunaan masa dan tenaga kerja.
Teori Kirkpatrick (1998) menyatakan, terdapat 4 aras kerja dalam dapatan latihan penilaian :
- Aras 1 ; Mengukur reaksi dan kepuasan peserta dalam pembelajaran (latihan)/
- Aras 2 ; Menunjukkan pembelajaran lanjutan di akhir dapatan pembelajaran.
- Aras 3 ; Menilai bagaimana peserta mengaplikasikan hasil penilaian dalam prestasi kerja.
- Aras 4 ; Menilai keputusan atau hasil untuk organisasi dari dapatan pembelajaran untuk meningkatkan prestasi.

Kirkpatrick’s di dalam 4 aras kerja menyatakan, tidak semestinya keputusan yang baik untuk aras 1 akan memberi dapatan yang baik untuk aras seterusnya. Terdapat pelbagai faktor yang mempengaruhi hasil dapatan untuk setiap orang.

Berdasarkan pendapat pakar berpengalaman, terdapat 5 aras yang perlu dalam menyokong 4 aras yang dikemukakan pada jadual 5.1.

Aras Penilaian 1
Peserta boleh mengenal pasti :- Informasi yang boleh didapati
- Tahap kepuasan pelanggan dengan program yang diadakan.
- Keyakinan peserta dalam mengadaptasikan apa yang dipelajari dengan situasi sebenar.
- Pelan Tindakan dengan menggunakan konsep yang baru dalam prestasi kerja.
- Menjadikan tempat kerja yang berpotensi untuk menggunakan baru yang dipelajari untuk meningkatkan prestasi.Menggunakan strategi sokongan oleh pekerja sebelum dan semasa program dilaksanakan.

Kebaikan untuk menyokong pembelajaran dan prestasi :
-Penambahbaikan reka bentuk program dan penyampaian.
-Mencadangkan keperluan untuk program yang lebih praktikal dan berkesan.
-Menyediakan motivasi untuk pembangunan dan pengubahsuaian dalam prestasi kerja.
-Menggalakkan para pekerja untuk membuang halangan.
-Menggalakkan pekerja menggunakan perancangan yang disediakan sebelum dan semasa program dijalankan.

Aras Penilaian 2
Peserta dapat mengadaptasikan objektif pembelajaran pada akhir program.

Kebaikan untuk menyokong pembelajaran dan prestasi :
-Menekankan kepada peserta untuk belajar.
- Menggalakkan peserta untuk menghapus atau mengelakkan dari sebarang kekurangan yang dipelajari.

Aras Penilaian 3
Peserta mengenal pasti :
-Pindahan maklumat yang dipelajari kepada prestasi kerja selepas menjalankan pekerjaan dalam masa singkat.
-Menggunakan Pelan Tindakan.Strategi yang dibuat oleh pekerja untuk meningkatkan prestasi.

Aras Penilaian 4
Keputusan Organisasi

Kebaikan untuk menyokong pembelajaran dan prestasi :
-Mengenal pasti untuk meningkatkan keputusan kepada organisasi hasil dari program yang dijalankan.
-Menggalakkan pekerja untuk mengekalkan prestasi yang baik.

Aras Penilaian 5 - ROT

Kebaikan untuk menyokong pembelajaran dan prestasi :
-Mengenalpasti kos dan membandingkan kebaikan yang diperolehi dalam bentuk kewangan.
- Motivasi kepada pekerja untuk mengekalkan prestasi yang terkini.

No comments:

Post a Comment