Monday, June 22, 2009

Ulasan Buku

Beyond Transfer Of Training

TOPIK 7

Apabila perunding prestasi mempunyai asas dan mengenal pasti perkara-perkara yang penting untuk melihat dan mengenal pasti pekerja yang terbaik yang boleh membantu membuat perubahan di dalam sesebuah organisasi.

Topik ini fokus kepada :

1. Kepentingan untuk mencari pekerja terbaik untuk perunding prestasi maksudnya bahawa perunding prestasi akan mencari pekerja yang sesuai iaitu yang terbaik untuk membantu meransang peningkatan prestasi.

Merujuk kepada Broad dan Newstrom (1998), menekan tentang perubatan selepas latihan. Ia adalah teori lama yang tidak sesuai digunakan sekarang. Oleh itu Robinson and Robinson (1995) menimbulkan persoalan “siapakah pelanggan kepada sesebuah syarikat perunding.

2. Pembelajaran dari perunding S dan H Partnershi . Nilai-nilai yang kongsi adalah :

a.Berkongsi nilai – melihat antara pekerja yang berpotensi, boleh bergaul dengan baik; peningkatan prestasi yang berterusan dan kompleks. Perunding mengaitkan elemen kemanusiaan dan perkara-perkara asas dalam menilai prestasi.
Ketua operasi yang boleh berfikir secara sistematik dan inovatif. Mengajak rakan sekerja melaksanakan visi syarikat bersama. Perhubungan dengan pelanggan yang boleh memahami kehendak dan keperluan pelanggan dengan jelas. HR yang profesional yang fokus kepada perundangan dan misi syarikat.

b.Kesejajaran sejarah dan perubahan
Siapakah di antara pekerja yang berpotensi telah mempelajari sepanjang bekerja dan telah berubah dari tidak aktif kepada aktif dan dari bekerja mengikut sistem kepada mampu bergerak mengikut keperluan dan kehendak semasa. Oleh itu mereka belajar dari perubahan yang dilakukan.

Faedah bersama yang diperolehi dari pengetahuan, kemahiran dan keupayaan yang dikongsi bersama.

No comments:

Post a Comment