Thursday, January 15, 2009

Kesan Efikasi Kendiri Guru Sejarah Terhadap Amalan Pengajaran Berbantukan Teknologi Maklmumat dan Komunikasi (ICT)

Ulasan Jurnal
Kemahiran Berfikir dalam Pendidikan Komputer
Hasrul Amenuddin bin Mohd Salleh (P45665)
Tajuk : Kesan Efikasi Kendiri Guru Sejarah Terhadap Amalan Pengajaran Berbantukan Teknologi Maklmumat dan Komunikasi (ICT)

Penulis : Azwan Ahmad (SMK Syed Alwi, Kangar, Perlis)
Abdul Ghani Abdullah (Universiti Sains Malaysia, P.P)
Mohammad Zohir Ahmad (Universiti Sains Malaysia, P.P)
Abd. Rahman Hj Abd. Aziz (Universiti Sains Malaysia, P.P)

Sumber : Jurnal Penyelidikan Pendidikan (Jilid 7 2005)

1.Abstrak :

- Abstrak mengandungi tujuan untuk mengenal pasti tahap efikasi kendiri guru dan tahap amalan pengajaran sejarah berbantukan ICT. Di samping itu perhubungan antara efikasi kendiri guru dengan amalan pengajaran sejarah berbantukan ICT turut dikaji.

- Sampel kajian seramai sembilan puluh lima orang guru sejarah dipilih secara rawak daripada lima belas buah sekolah menengah kebangsaan harian di negeri Perlis Indera Kayangan.

- Data dikutip daripada responden dengan menggunakan soal selidik bersakal Likert serta dianalisis dengan menggunakan statistic deskriptif, korelasi Pearson dan regresi berganda.

2. Pengenalan.

Pengenalan dimulakan dengan senario yang dihadapi oleh guru sejarah dalam menjalankan proses pengajaran dan Pembelajaran di sekolah dengan menggunakan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT). Penekanan yang diperlukan ialah kreativiti dan inovasi guru dalam P&P.

Guru juga harus memilih kaedah pengajaran pembelajaran yang boleh menarik minat serta mencabar kebolehan pelajar, merangsang pembelajaran dan menyeronokkan, berjaya melepaskan horizon intelektual, sosial, moral, kerohanian dan mewujudkan perspektif positif seperti merasa penting untuk dipelajari serta berguna untuk masa hadapan.

3. Efikasi Guru

tokoh-tokoh akademik terhadap efikasi guru dijelaskan oleh penulis dalam memantapkan penulisan beliau. Di antara contoh tokoh akademik yang menyatakan pendapat ialah Tschannen-Moran, Hoy dan Hoy (1998), Allinder (1995), (Guskey, 1988); Coladarci, 1992).

Tschannen-Moran, Hoy dan Hoy (1998), efikasi guru merujuk kepadakepercayaan guru akan keupayaan diri untuk menyusun atur dan melakukan satu siri tindakan yang diperlukan untuk menyempurnakan satu tugasan pengajaran dalam konteks yang spesifik. Dengan lain perkatan, efikasi guru merujuk kepada kepercayaan guru akan keupayan diri untuk mengajar dalam situasi pengajaran.

4. ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Harris (2000) mengkategorikan penggunaan ICT dalam P&P kepada tiga, iaitu:-

i. pertukaran interpersonal seperti penyertaan dalam kumpulan perbincangan eletronik, bilik darjah global yang melibatkan pelajar-pelajar bertukar pendapat tentang sesuatu topik dan hubungan elektronik dengan pakar.

ii. koleksi maklumat yang melibatkan pelajar-pelajar dan guru-guru berkongsi atrikel, sumber pengajaran dan rancangan pengajaran atau berkongsi data untuk dianalisis.

iii. projek yang melibatkan penyelesaian masalah selari yang melibatkan pelajar daripada pelbagai lokasi meninjau sesuatu dan kemudiannnya berkongsi kaedah dan dapatan kajian.

5. Metodologi Kajian

a. Kajian deskriptif ini melibatkan responden seramai 95 orang guru Sejarah yang dipilih secara rawak dari 15 buah sekolah menengah harian biasa di seluruh negeri Perlis menggunakan borang soal selidik.

b. Instrumen yang digunakan untuk mengukur amalan guru Sejarah terhadap penggunaan ICT dalam kajian tersebut. Item-item tersebut terlebih dahulu telah diklasifikasikan kepada dua dimensi iaitu :
o Amalan penggunaan ICT untuk mencari maklumat sejarah (EPIK).
o Amalan penggunaan ICT untuk menyampaikan pengajaran sejarah (EPICT). Kebolehpercayaan soal selidik ini adalah tinggi dengan nilai Cronbach Alpa yang peroleh ialah sebanyak 0.82.

c. Semua data yang diperoleh daripada responden telah dianalisis dengan menggunakan min, sisihan piawai dan korelasi Pearson antara variabel bebas dan bersandar.

d. Kesan efikasi kendiri guru Sejarah terhadap amalan pengajaran berbantukan ICT pula telah dianalisis dengan menggunakan analisis regresi berganda.

6. Dapatan Kajian

a. Secara keseluruhannya efikasi pengajaran berbantukan ICT guru Sejarah adalah sederhana kerana memperoleh skor min sebanyak 3.45.
b. Hasil korelasi Pearson pula menunjukkan bahawa terdapat hubungan signifikan dan sederhana kukuh antara efikasi guru dengan amalan pengajaran Sejarah menggunakan ICT dan dimensinya iaitu nilai koefisien “r” antara 0.69 hingga 0.76.

7. Perbincangan dan Implikasi Kajian

a. Dapatan kajian menunjukkan efikasi secara keseluruhannya guru sejarah mempunyai tahap efikasi yang sederhana terhadap pengajaran sejarah berbantukan ICT.

b. Dapatan ini juga mengukuhkan pernyataan bahawa terdapat dalam kalangan guru sejarah yang masih mempunyai sikap fobia, takut serta negatif menerima perubahan kerana mereka lebih gemar dengan kaedah lama yang bersandarkan buku teks, nota edaran atau menulis pada papan hijau sahaja.

c. Dapatan ini menggambarkan bahawa pengintergrasian ICT dalam P&P dalam kalangan guru sejarah masih tidak lagi pada tahap yang tidak memuaskan kemungkinan kurangnya latihan berkaitan.

d. Dapatan ini menjelaskan bahawa apabila efikasi guru sejarah terhadap penggunaan ICT dalam pengajaran sejarah meningkat, ia turut meningkatkan amalan penggunaan ICT dalam pengajaran sejarah.

e. Kajian ini mempunyai beberapa implikasi, antaranya ialah guru sejarah harus lebih berani menggunakan kaedah pengajaran berbantukan ICT kerana rasa bimbang dan takut masih menguasai diri guru sejarah.


Kesimpulan

a. Dapatan kajian jelas menunjukkan bahawa efikasi mempengaruhi amalan penggunaan ICT guru sejarah dalam melaksanakan pengajaran sejarah.

b. Guru sejarah seharusnya mempunyai keyakinan untuk mengintergrasikan ICT dalam pengajaran bagi meningkatkan “outcomes” dan keberkesanan pengajaran.

PEMBANGUNAN DAN PENILAIAN REKA BENTUK PERISIAN

KEJURULATIHAN KOMPUTER
ULASAN JURNAL

HASRUL AMENUDDIN BIN MOHD SALLEH
P 45665

Tajuk Jurnal : Pembangunan dan Penilaian Rekabentuk Perisian PPBK Latih Tubi Matematik : Nombor Negatif
Penulis : Elango a/l Periasamy
Sumber : Jabatan Teknologi Pendidikan, Maktab Perguruan Islam .


1. Abstrak

- Abstrak mengandungi tujuan untuk membangunkan dan menilai reka bentuk sebuah perisian latih tubi Matematik bagi topik Nombor Negatif berdasarkan Sukatan Pelajaran Matematik KBSM Tingkatan Satu dalam Bahasa Inggeris yang mengambilkira pengintegrasian proses Pembelajaran Masteri.

- Kaedah Tinjauan dan temu bual telah dijalankan kepada pelajar Tingkatan Satu di Sekolah Menengah Sungai Pelek Daerah Sepang Negeri Selangor dengan menggunakan instrumen CD-ROM dan soal selidik.

- Hasil Kajian perisian latih tubi ini sesuai dalam menepati keperluan perlaksanaan proses Pembelajaran Masteri Berbantu Komputer bagi topik Nombor Negatif.

2. Pengenalan

Pengenalan bagi jurnal ini dimulakan dengan memaparkan mengenai perubahan
di dalam Sistem Pendidikan Malaysia, di mana keperluan penggunaan perisian komputer dalam pengajaran dan pembelajaran akan diberi penekanan. Guru atau pendidik perlu bersedia menerima perubahan paradigma dengan menggunakan komputer dengan baik. Pengajaran dan Pembelajaran Berbantu Komputer (PPBK) mendorong pelajar menanam sifat berdikari sewaktu mereka mempelajari dan meneroka sesuatu bidang ilmu.

Oleh itu, sumbangan dan penglibatan guru-guru dalam proses penghasilan bahan-bahan PPBK akan membantu mempertingkatkan kualiti serta keberkesanan sistem pendidikan secara keseluruhannya.

Komen : Pengenalan ditulis dengan baik dan ringkas. Ianya bermula dengan menceritakan perubahan keperluan penggunaan perisian komputer dalam pengajaran dan pembelajaran. kemudian diikuti dengan keperluan guru bagi perubahan yang dinyatakan. Terdapat pengaliran idea di dalam penulisan pengenalan artikel ini. Penulis disarankan agar menyatakan kebaikan atau perbandingan PBBK dengan sistem yang terdahulu.

3. Penyataan Masalah

Perisian PPBK yang terdapat dalam pasaran masa kini kurang sesuai, tidak bermutu dan tidak menepati kehendak atau objektif Falsafah Pendidikan Negara (Ow 2000). Justeru, tanggungjawab menghasilkan perisian tidak seharusnya dilepaskan kepada pakar komputer sahaja.Oleh kerana itu pengkaji telah menjalankan temu bual dengan lima orang guru yang berpengalaman untuk mengenalpasti sejauhmanakah perlaksanaan pembelajaran Masteri dalam proses pengajaran dan pembelajaran Matematik Tingkatan 1 di Sekolah Menengah Sungai Pelek Daerah Sepang Negeri Selangor.

Justeru, guru-guru yang ditemu bual menyatakan bahawa mereka mampu menyediakan bahan-bahan tetapi perlaksanaannya secara praktik adalah tidak mungkin. Ini adalah kerana jumlah kandungan sukatan pelajaran yang perlu dihabiskan, bilangan waktu pengajaran tidak cukup dan jumlah pelajar yang ramai iaitu sehingga 200 bagi seorang guru.

Kajian ini ialah bertujuan merekabentuk perisian PPBK latih tubi yang sesuai dalam menepati keperluan perlaksanaan proses Pembelajaran Masteri berbantu komputer bagi tajuk Nombor Negatif Sukatan Pelajaran Matematik KBSM Tingkatan 1 dalam Bahasa Inggeris.

Komen : Penyataan masalah yang lengkap dengan temu bual bersama guru yang terlibat dan dapatan temu bual memberi gambaran sebenar masalah yang dihadapi oleh guru.

4. Objektif Kajian

Terdapat lima objektif kajian yang dipaparkan oleh penulis, ianya mempunyai kesinambungan atau berhubung kait dengan penyataan masalah, pengenalan dan abstrak. Ianya mengandungi pembangunan reka bentuk perisian PPBK latih tubi, merekabentuk aspek isi kandungan, merekabentuk aspek pedagogi perisian, merekabentuk aspek teknikal perisian dan penilaian reka bentuk perisian. Objektif yang dikemukakan bersesuaian dengan kehendak pengkaji dan penilai.

5. Definisi istilah

Penulis telah mendefinisikan tentang perisian latih tubi, pembelajaran masteri berbantu komputer dan reka bentuk PPBK. Hujah penulis diperkuat dan disokong oleh ahli akedemik yang terkenal sebagai contoh Bloom (1981), Hannafin dan Peck (1998) dan sebagainya.

6. Rekabentuk kajian

Reka Bentuk kajian melibatkan dua langkah. Langkah pertama ialah reka bentuk pembangunan perisian dan langkah kedua ialah Penilaian reka bentuk berkenaan. Setiap reka bentuk yang dikemukakan diperjelaskan oleh penulis dengan baik sekali.

Reka Bentuk Pembangunan

Pembangunan reka bentuk perisian PPBK latih tubi ini adalah berasaskan kepada Model Reka Bentuk Sistem, hasil pengubahsuaian model Waterfall (Sommerville 2001). Model ini merangkumi lima fasa. Fasa 1: Kajian Permulaan, Fasa 2: Analisis Keperluan, Fasa 3: Reka Bentuk, Fasa 4: Implementasi dan Fasa 5: Penyelenggaraan. Penilaian PPBK latih tubi secara berterusan dalam bentuk formatif dijalankan di sepanjang fasa pembangunan. Kajian ini hanya melibatkan fasa 1 hingga fasa 3 sahaja.

Reka Bentuk Penilaian

Kajian ini merupakan pembangunan dan penilaian reka bentuk perisian PPBK latih tubi Matematik bagi tajuk Nombor Negatif Tingkatan 1. Kajian ini menggunakan pendekatan tinjauan keratan lintang (Cross Sectional) yang dijalankan ke atas sekumpulan guru Matematik di lima buah Sekolah Menengah di Daerah Sepang, Negeri Selangor.

Sampel kajian terdiri daripada 80 orang guru Matematik. Pensampelan secara rawak mudah. Pengkaji menggunakan soal selidik untuk menilai reka bentuk perisian PPBK latih tubi dari aspek isi kandungan, aspek pedagogi dan aspek teknikal. Kaedah analisis yang digunakan ialah analisis deskriptif dalam bentuk peratusan, kekerapan, min dan sisihan piawai. Kajian rintis dijalankan dan nilai pekali Alpha Cronbach secara keseluruhan ialah 0.7896.

Manakala, nilai pekali Alpha Cronbach mengikut konstruk ialah 0.7059 bagi konstruk isi kandungan, 0.6202 bagi konstruk pedagogi dan 0.6243 bagi konstruk teknikal. Walaupun tiada batasan khusus yang boleh digunakan bagi menentukan pekali kebolehpercayaan yang boleh digunakan bagi mengukur sesuatu alat ukur, pekali kebolehpercayaan yang melebihi 0.6 sering digunakan (Mohd. Majid 1998). Oleh itu, soal selidik kajian ini boleh digunakan bagi mengukur objektif-objektif kajian ini.

7. Dapatan Kajian

Terdapat empat persolan kajian yang perlu dirungkaikan iaitu Sejauhmanakah reka bentuk aspek isi kandungan perisian latih tubi ini sesuai dalam menepati keperluan perlaksanaan proses Pembelajaran Masteri berbantu komputer bagi tajuk Nombor Negatif ? Secara keseluruhannya, hasil kajian ke atas konstruk isi kandungan reka bentuk perisian latih tubi Matematik memberikan nilai min dari 4.18 hingga 4.74. Ini menunjukkan bahawa min bagi konstruk isi kandungan melebihi 4.00. Nilai ini terletak di antara skala setuju dan sangat setuju. Oleh itu, reka bentuk aspek isi kandungan perisian latih tubi ini sesuai dalam menepati keperluan perlaksanaan proses Pembelajaran Masteri berbantu komputer bagi tajuk Nombor Negatif.

Persoalan kajian kedua pula, Sejauhmanakah reka bentuk aspek pedagogi perisian latih tubi ini sesuai dalam menepati keperluan perlaksanaan proses Pembelajaran Masteri berbantu komputer bagi tajuk Nombor Negatif ?

Secara keseluruhannya, hasil kajian ke atas konstruk pedagogi reka bentuk perisian latih tubi Matematik memberikan nilai min dari 4.41 hingga 4.63. Ini menunjukkan bahawa nilai min bagi konstruk pedagogi melebihi 4.00. Nilai ini terletak di antara skala setuju dan sangat setuju. Oleh itu, reka bentuk aspek pedagogi perisian latih tubi ini sesuai dalam menepati keperluan perlaksanaan proses Pembelajaran Masteri berbantu komputer bagi tajuk Nombor Negatif kecuali bagi item 9 dan item 12. Ini adalah kerana bagi item 9 serta item 12, nilai min ialah 3.96 dan 3.99 masing-masing. Justeru, nilai min bagi kedua-dua item ini kurang daripada 4.00. Nilai ini terletak di antara skala sangat tidak setuju dan tidak pasti.

Persoalan kajian ketiga, Sejauhmanakah reka bentuk aspek teknikal perisian latih tubi ini sesuai dalam menepati keperluan perlaksanaan proses Pembelajaran Masteri
berbantu komputer bagi tajuk Nombor Negatif ?
Secara keseluruhannya, hasil kajian ke atas konstruk teknikal reka bentuk perisian
latih tubi Matematik memberikan nilai min dari 4.05 hingga 4.81. Ini menunjukkan bahawa nilai min bagi konstruk pedagogi melebihi 4.00. Nilai ini terletak di antara skala setuju dan sangat setuju. Oleh itu, reka bentuk aspek teknikal perisian latih tubi ini sesuai dalam menepati keperluan perlaksanaan proses Pembelajaran Masteri berbantu komputer bagi tajuk Nombor Negatif kecuali bagi item 17 dan item 25. Ini adalah kerana bagi item 17 serta item 25, nilai min ialah 3.56 dan 3.97 masing-masing. Justeru, nilai min bagi kedua-dua item ini kurang daripada 4.00. Nilai ini terletak di antara skala sangat tidak setuju dan tidak pasti.

Persoalan kajian keempat, Sejauhmanakah penilaian reka bentuk perisian PPBK latih tubi ini sesuai dalam menepati keperluan perlaksanaan proses Pembelajaran Masteri
berbantu komputer bagi aspek isi kandungan, aspek pedagogi dan aspek teknikal?
Hasil dapatan nilai min keseluruhan aspek reka bentuk isi kandungan, aspek reka bentuk pedagogi dan aspek teknikal ialah 4.42, 4.34 dan 4.31 masing-masing. Ini bermakna min keseluruhan aspek-aspek itu memberikan nilai min dari 4.31 hingga 4.42. Justeru, nilai min keseluruhan bagi reka bentuk perisian latih tubi ini melebihi 4.00 dan nilai ini terletak di antara skala setuju dan sangat setuju. Oleh itu, reka bentuk perisian latih tubi ini sesuai dalam menepati keperluan perlaksanaan proses Pembelajaran Masteri berbantu komputer bagi tajuk Nombor Negatif.

8. Penilaian Reka Bentuk Perisian Latih Tubi

Pada keseluruhannya, dapatan kajian menunjukkan bahawa reka bentuk perisian latih tubi Matematik ini sesuai dalam menepati keperluan perlaksanaan proses Pembelajaran Masteri berbantu komputer bagi tajuk Nombor Negatif. Ini menunjukkan bahawa pengintegrasian tiga teori dan tiga strategi pembelajaran serta strategi penerapan nilai-nilai murni menerusi aspek isi kandungan, aspek pedagogi dan aspek teknikal membolehkan pengwujudan suasana dan persekitaran pembelajaran masteri berbantu komputer. Dapatan ini disokong oleh pendapat Bennett dan Brennan (1996) yang mengkaji penggunaan perisian PPBK berasaskan
multimedia dengan reka bentuk minimalist.

Dalam reka bentuk PPBK mereka mencadangkan supaya pertimbangkan bukan hanya kepada teori- teori pembelajaran tetapi juga kepada persekitaran di mana pembelajaran itu mengambil tempat. Seterusnya, Jonassen et al. (1994) menyatakan bahawa media tidak seharusnya difokus hanya terhadap peranan media berkenaan tetapi juga terhadap proses pembelajaran dan jenis persekitaran pembelajaran.
Komen : Penilaian Reka Bentuk Perisian Latih Tubi yang dinyatakan di atas menunjukkan bahawa perisian latih tubi mempunyai kemampuan bagi memperbaiki dan menjadikan pelajar lebih bekemampuan dalam menguasai matematik di dalam Bahasa Inggeris. Saranan kepada penulis agar dapat membina perisian untuk pelajar yang berada di tingkatan yang lain juga.

9. Rumusan

Perisian latih tubi merupakan cara paling berkesan untuk menghasilkan objektif
pembelajaran memperbaiki kemahiran memori hafal. Kita perlu mengubah pandangan kita terhadap perisian latih tubi dari sebagai satu media yang menyampaikan arahan sahaja kepada satu alat untuk menyelesaikan masalah- masalah.
Komen : Rumusan ditulis bagi menjelaskan keberkesanan perisiaan latih tubi bagi memperbaiki kemahiran memori hafalan.

10. Rujukan
Komen : Senarai rujukan disertakan dan ia mencukupi serta relevan.

11. Bahasa

Komen : Penulisan artikel ini menggunakan laras bahasa yang senang difahami. Artikel ini tidak mengandungi ayat kompleks yang sukar difahami. Ia juga tidak terdapat jargon atau istilah-istilah yang sukar difahami.