Monday, June 29, 2009

Ulasan Buku

Five Mind For The Future

Topik 6

The Ethical Mind
Adalah baiknya jika kita dapat hidup dalam dunia yang kita boleh mengetahui apa yang kita hendak dan sumber-sumber yang akan kita perolehi terlebih dahulu (in advance). Impian seseorang secara amnya ingin hidup dalam suasana kerja yang beretika, cemerlang dan komited.
Minaly Csikszentmilhalyi, William Damo dan penulis ini telah membuat kajian seama 10 tahun tentang etika kerja yang baik dan faktor-faktor yang menyumbang kepada etika kerja yang cemerlang. Ramai cendekiawan seperti Emile Durkhiem, Max Weber dan Sismund Freud telah menghasilkan banyak kajian tentang prestasi yang baik.

Kerja yang cemerlang boleh dikategorikan dengan :
1. Disiplin yang baik.
2. Bertanggungjawab.
3. Rela hati menangani cabaran.
4. Pendidikan dengan suasana kerja yang baik, pergaulan yang luas untuk membiasakan diri dengan keadaan kerja yang beretika.

Penulis telah membuat konsep kerja berdasarkan profesion. Responden yang diambil terdiri daripada pengamal perubatan, undang-undang, sains, jurnal dan pendidik. Selain itu, beliau juga secara tidak langsung dikira sebagai profesional seperti penggiat seni, peniaga dan usahawan.
Tahap komitmen terhadap profesion adalah bergantung pada perkara-perkara yang berkualiti dalam diri seseorang.

Sokongan terhadap nilai kerja yang baik
Komuniti dan budaya yang berada diadaptasi oleh seseorang individu yang memberi impak kepada nilai-nilai kerja. Contohnya, Bangsa Cina yang mempunyai cara kerja yang kaut bekerja. Peristiwa silam juga memberi kesan pada kualiti kerja, contohnya Perang Dunia II.

Vertical Support
Sokongan dari keluarga dan ibu bapa.
Kanak-kanak mempelajari dari “observation” (penelitian) terhadap aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh ibu bapa mereka. Acuan dari ibu bapa dan ahli keluarga terdekat amat penting dalam penerapan nilai.

Pengaruh luar juga memberi impak kepada dunia remaja. Oleh itu pergaulan yang baik atau buruk mempengaruhi pemikiran.

Apabila seorang remaja mahu membina kerjaya akan mengambil seseorang sebagai contoh bagi panduan mereka. Aspirasi yang didapati akan mendorong kepada pembangunan etika kerjaya.

Pendidikan agama dan politik juga mempengaruhi dan memberi kesan kepada etika kerja.
Horizontal Support
Sokongan dari kumpulan (peers), mereka yang mempunyai latar belakang yang sama seperti rakan kolej atau masyarakat setempat. Contohnya rakan sebaya.

Periodic Inoculations
Remaja lebih mengagumi orang-orang yang rapat dengan mereka di rumah dari kecil hingga dewasa. Mereka dijadikan sebagai mentor.

Walaupun ia mungkin diganggu gugat oleh faktor-faktor luar yang mempengaruhi seseorang untuk mengekalkan nilai positif yang diadaptasi dari mentor mereka apabila telah dikelilingi oleh nilai-nilai yang tidak murni.

Cabaran dalam orientasi beretika
Cabaran yang pelbagai dirujuk kepada jenis profesion. Cabaran dalam mengekalkan etika yang baik adalah hasutan dari rakan sekerja yang negatif dan sebab-sebab peribadi yang lain. Contohnya auditor yang mengaudit akaun, auditor perlu etika kerja yang baik dan tinggi cabarannya.

Institusi / Pusat Pendidikan dalam etika yang baik
Bermula dari sekolah (guru dan aktiviti sekolah). Pendidik memudahkan jalan untuk kebaikan dengan menerapkan nilai-nilai murni. Walaupun segala-galanya terpulang kepada individu untuk menentukan yang terbaik untuk diri mereka. Dalam kehidupan yang baik, perkara yang penting ialah hormat-menghormati dan beretika. Perkara yang penting diambil kira adalah :
1. Misi.
2. Model.
3. Penilaian diri, muhasabah diri.
4. Menilai tanggungjawab profesion sendiri.

No comments:

Post a Comment