Monday, June 22, 2009

Ulasan Buku

Beyond Transfer Of Training

TOPIK 4

MEMBINA STRATEGI UNTUK PARA PEKERJA BAGI MENINGKATKAN PRESTASI KERJA

Fokus kepada strategi sebagai alat untuk menyokong meningkatkan prestasi di tempat kerja. Strategi dasarnya sebahagian besar adalah dari kajian terhadap keperluan prestasi, dapatan dan tindakan pekerja yang menyokong meningkatkan prestasi. Prestasi lemah jika pekerja tidak boleh menunjukkan prestasi yang baik mengikut kehendak organisasi, perlu dihantar untuk latihan.

Kirkpatrick, 1998 menyatakan :
-Program latihan berkesan membantu pelatih mendapat pengetahuan dan kebolehan.
- Penilaian atas keberkesanan latihan menunjukkan bahawa pengetahuan dan kebolehan yang diajar tidak diaplikasikan dalam tugas harian.

Terma “transfertraining” (perubahan latihan) digunakan dalam menterjemahkan keberkesanan dan pengurusan yang berterusan oleh pelatih dalam tugasannya.

Kepentingan melibatkan pekerja dalam latihan

Broad dan Newstrom (1998) mengenal pasti 7 langkah-langkah penting yang memberi keputusan untuk latihan, antaranya terdapat dalam proses HPT (langkah 1 hingga 5)

Pekerja utama (pengurus, pelatih dan jurulatih) menyokong pembaikan prestasi dalam 3 cara :-

a. Pengurus dalam pelbagai peringkat, pelatih dan perunding menganalisa masalah prestasi dengan mendalam, memilih dan mengguna pakai kaedah-kaedah yang terbaik.
b. Rummler dan Bracnel (1995), terdapat 80% dalam peluang peningkatan prestasi terdapat dalam suasana kerja/persekitaran kerja.
c. 15 hingga 20% dalam peluang peningkatan prestasi adalah bergantung kepada pengetahuan dan kebolehan/kemahiran, pengurus dan pelatih yang menyumbang kepada pengenalan/mengenal pasti prestasi yang dikehendaki dalam sesuatu organisasi.
d. Laporan daripada peringkat bawahan menjadi penanda aras kepada tujuan strategik dalam objektif prestasi organisasi.

Definisi terkini dalam pembelajaran merubah prestasi
3 faktor yang membawa kepada definisi perubahan :

a. Fokus kepada jenis dapatan (intervention) yang mendorong kepada perubahan prestasi. (tidak menggunakan penggunaan nombor dalam prestasi).
b. Terdapat pelbagai bentuk pembelajaran yang diperolehi seperti pembelajaran berkumpulan, elektronik dan latihan dalam komuniti.
c. Definisi latihan tidak dihadkan kepada pelatih sahaja. Ia melibatkan prestasi pelanggan, pembekal, pengguna barangan dan perkhidmatan serta orang awam juga.

Broad (2003) m/s 48, memberi definisi terkini yang menghuraikan semua halangan.

Mengubah pembelajaran dalam latihan ialah dengan mengadaptasikan pengetahuan dan kemahiran bagi meningkatkan prestasi individu dan kumpulan dalam organisasi atau komuniti.

No comments:

Post a Comment