Monday, June 22, 2009

Ulasan Buku

Beyond Transfer Of Training

Topik 2
Pekerja (orang yang terlibat dalam organisasi ) dan sokongan dan Prestasi


Dalam topik ini membincangkan tentang tanggungjawab pekerja untuk menyokong memperbaiki prestasi dalam sesebuah organisasi (sistem yang kompleks).
Di antaranya :

a.Prestasi dan Peserta (pekerja)

Untuk mencapai sesuatu matlamat organisasi adalah berdasarkan kerjasama dan prestasi para pekerja dalam organisasi berkenaan. Fokus utama dalam buku ini adalah aktiviti dan interaksi antara pekerja di tempat kerja mereka.
Pekerja yang berdaya saing adalah impian utama dalam sesebuah organisasi. (Thomas teori, Chevalier).

Prestasi adalah kombinasi dari sikap individu, kumpulan dan keistimewaan sesuatu produk atau aktiviti yang ditawarkan …. (Dean, 1997).
Performer : orang yang terlibat dalam sesebuah organisasi sama ada secara sukarela atau dilantik secara formal untuk menjalankan tugas-tugas yang diberikan dalam mencapai matlamat organisasi.

Jadual 2.1. menyenaraikan pekerja-pekerja yang terlibat secara langsung dalam membaiki prestasi.

Eksekutif dan Pengurus
Membuat keputusan, mencari dana, memilih perunding yang sesuai.
Apabila dapatan / tujuan fokus kepada matlamat strategik.

Supervisor / Ketua kumpulan
Mengawas perkembangan pekerja bawahan.
Sebagai tenaga kerja utama untuk semua dapatan

Pekerja
Pekerja pelbagai peringkat yang perlu untuk perubahan bagi meningkatkan prestasi.
Sebagai tenaga kerja utama untuk semua dapatan

Perunding
Pakar yang terlibat dalam menganalisa, merangka, membina dan mengadaptasi atau menilai tugasan yang teah dilakukan.
Sebagai tenaga kerja utama untuk semua dapatan

Jurunilai
Pakar dalam menilai dapatan dari hasil yang didapati dari program yang disediakan
Pada peringkat awal perancangan dan adaptasi apabila penilaian diperlukan

No comments:

Post a Comment