Monday, June 29, 2009

Ulasan Buku

Five Mind For The Future

Topik 7

Rumusan
Secara amnya, buku ini menghuraikan tentang cabaran dalam membina minda yang disiplin dan beretika. Penulis juga menilai interaksi individu atau populasi dalam pengamalan minda yang beretika. Setelah membuat pelbagai kajian dan membina hipotesis dan menguji, penulis mendapati banyak halangan yang haru dilalui dalam mendidik minda yang baik dan menjurus kepada sikap yang baik.

Minda yang berdisiplin
Cara pemikiran yang menurut pendidikan / bidang yang diceburi seperti :
1. Pendidikan formal (menguasai subjek sejarah, matematik, sains dan lain-lain).
2. Tempat kerja.
3. Pendidikan yang berterusan sepanjang hayat.
4. Mengikuti peraturan untuk menguasai sesuatu tanpa menghiraukan halangan atau tujuan.

Oleh itu ikutan yang melulu adalah berisiko. Minda hendaklah lebih flexible dalam menilai sesuatu pendidikan.

The synthesizing mind
Memilih dengan teliti informasi dari pelbagai sumber, menapis informasi yang perlu. Tidak dalam menyesuaikan dengan tujuan dan keperluan pendidikan yang diterima.

The Creating mind – Minda yang kreatif (berfikir di luar kotak).

The respectful mind – Bertindak secara berbudi bahasa dan konstruktif adalah membezakan antara individu dan kumpulan.

The ethical mind – Menghuraikan ciri-ciri yang penting dalam peranan di tempat kerja dan sebagai warga negara. Amalan baik yang berterusan bagi menghasilkan kerja yang berkualiti.

Cabaran dan halangan
Manusia suka mengubahsuai sesuatu konsep yang diajar mengikut keselesaan mereka dan pendidikan awal yang diperolehi contohnya:
1. Tradisi kehidupan yang telah diamalkan.
2. Kepercayaan yang sukar diubah.
3. Bimbang risiko yang akan dihadapi.
4. Tidak jelas dengan keinginan dan kehendak kehidupan.

Mereka yang ingin berubah dan berjaya dalam kehidupan mampu untuk mengadaptasikan pembelajaran untuk melatih minda berfikir mengikut cara yang efektif, beretika, berdisiplin dan kreatif. Oleh itu mereka lebih jelas dengan matlamat dan tindakan yang perlu dilakukan dalam memenuhi matlamat mereka.

Untuk menguasai minda
Menghormati – disiplin – sintesis – etika.

No comments:

Post a Comment