Monday, June 29, 2009

Ulasan Jurnal Kejurulatihan Komputer 2

ULASAN JURNAL KEJURULATIHAN KOMPUTER 2

How older people account for their experiences with interactive technology

P. TURNER*, S. TURNER and G. VAN DE WALLE
School of Computing, Napier University, Edinburgh, UK

Jurnal kualitatif ini mengkaji tentang pengalaman dan cabaran orang-orang tua menggunakan teknologi interaktif iaitu komputer dan internet. Aspek yang dikaji ialah aspek penyebab dan kesukaran yang mereka hadapi dalam penggunaan IT tersebut. Satu perbincangan analisis data ini mendedahkan beberapa faktor iaitu kebimbangan, isu-isu berkaitan umur, sibuk untuk belajar dan keperluan menggunakan alat-alat baru. Manakala tema lain ialah isu-isu persekitaran, identiti dan agensi bagi pemahaman domain ini.
Kajian dilakukan selama 9 bulan, pengkaji menggunakan kaedah perbincangan dan temuduga individu yang direkodkan dan kemudian menyalin. Perbincangan kumpulan tidak rasmi menemui pelbagai permasalahan dalam menggunakan dan pengajian teknologi ini.

Peserta seramai 40 orang ahli kelab komputer, 20 orang sukarela profesional berpencen berumur
di antara 70 dan 85 berusia mengambil bahagian dalam kajian ini. Di kalangan mereka ada yang mahir, kurang mahir dan tidak mahir dalam penggunaan teknologi komputer.

Fokus utama ialah :

1. Mengatasi kebimbangan dan merealisasikan keseronokan yang boleh daripada komputer dalam suasana yang santai.
2. Meneroka apa komputer boleh lakukan dan menjadi yakin dalam perintah asas dan pengurusan fail.
3. memperkenalkan pemprosesan perkataan, e-mel dan web.

Proses

1. Semua peserta dipecahkan kepada 8 atau 9 kumpulan, diajar selama 1 jam setiap minggu hingga Julai 2003.
2. Pada bulan Ogos, pengajaran dikurangkan kepada ½ jam setiap minggu kerana terlalu lama dan ia meletihkan.
3. Pada September, dikurangkan kepada satu pengajaran dalam dua minggu.

Kajian mendapati kemahiran penggunaan komputer meningkat. Tahap kebimbangan dalam menggunakan komputer juga berkurangan. Peserta juga dapat menggunakan pemprosesan, e-mel dan web dengan baik sekali. Akhir sekali latihan yang berterusan adalah kunci bagi menjadikan seseorang itu mahir dalam mengendali sebarang peralatan ICT.

No comments:

Post a Comment