Monday, June 15, 2009

ULASAN BUKU

Five Minds For The Future ( Topik 1 )

Jenis-jenis Minda
a. Minda tersusun.
b. Minda Sintesis (berasingan).
c. Minda berdaya cipta.
d. Minda penuh hormat.
e. Minda beretika.

Persoalan bagi kelima-lima minda - Mengapa mesti 5 minda?
Kerana kelima-lima adalah minda yang ada akan bertambah lagi ada masa hadapan. Minda-minda tersebut sangat komprehensif dan global dan kita tahu bagaimana hendak menggerakkannya.

Disiplin
Bagaimana mengatasi kontroversi tentang minda manusia atau perlakuan manusia ?
Ia melibatkan bagaimana mempelajari sesuatu melalui pemerhatian, kawalan, analisa data dan hipotesis apabila diperlukan. Pekerjaan sama ada profesional atau tidak, disiplin adalah elemen yang amat penting diaplikasikan bagi mempertajamkan kemahiran yang diperlukan.

Sintesis
Sebarang pekerjaan, tugas pengurus adalah membuat sintesis. Contohnya, pengurus mesti mengambil kira tugas yang perlu diselesaikan, para pekerja, tugas-tugas dan kemahiran yang sedia ada serta melaksanakan tugas yang penting dan akhirnya menyelesaikan tugasan seterusnya.
Pengurus yang baik akan membuat analisa kepada perkara / tugasan dalam tempoh bulan yang lepas dan cuba memanjangkan perkara yang baik di dalam menjayakan misi pada masa hadapan.
Peranan kreativiti dalam pekerjaan seseorang profesional adalah perlu kerana individu yang kreatif dapat menyumbangkan kepada misi sesebuah organisasi.

Hormat dan Etika
Jenis minda yang pertama antara 3 jenis minda berhubung-kait dengan aras pengenalan (cognitive).
Hormat adalah kepada sesuatu yang kukuh dan etika adalah lebih abstrak.
Hormat – Elakkan membuat sesuatu yang sama. Cuba fahami orang lain mengikut ungkapan mereka, buat imaginasi apabila perlu, bina kepercayaan kepada mereka dan cuba buatkan sesuatu yang sama fahaman dengan mereka supaya mendapat kepercayaan.

Etika - Berhubung kait dengan orang lain, tetapi dalam cara yang abstrak. Individu akan cuba fahami peranannya dalam masyarakat, kawasan, bangsa dan dunia. Contohnya : kita mesti tahu peranan kita sebagai guru, pensyarah, pengurus atau ketua.
Pendidikan
Budaya sekarang dan masa akan datang ibu bapa, rakan-rakan dan media memainkan peranan yang penting sebagai guru dan sekolah formal. Ramai ibu bapa memerlukan mentor, atau di dalam pekerjaan seseorang individu akan ditugaskan dengan individu lain yang mempunyai pengetahuan, kemahiran, minda ----- disiplin, sintesis, daya cipta, penghormatan dan etika (minda).

Lama
- Konservatif, guru mengajar kerana tugas.
- Hanya bergantung pada satu sumber tertentu dan digunapakai tanpa perubahan.

Baru
- Cara baru adalah lebih santai, tidak tertumpu pada tugas guru sahaja.
- Lebih produktif, maklumat melalui internet, buku dan lain-lain.

Kesimpulannya, minda pelajar mestilah mempunyai lima jenis minda seperti yang dipelajari dalam topik ini kerana perubahan dalam sains dan teknologi di dalam globalisasi memerlukan individu melaluinya secara disiplin, sintesis, hormat, berdaya cipta dan beretika.
Sains dan Teknologi
Sains - Bermula pada zaman pembaharuan eropah. Pelbagai eksperimen dan teori berkenaan
Dunia. Walau apa jua teori dan eksperimen, secara asasnya hanya ada satu matematik,
satu Fizik, satu kimia dan satu biologi sahaja.
Teknologi- Tidak perlu menunggu penemuan yang spesifik, konsep dan persamaan matematik
Daripada 500 tahun yang lalu. Sains berkait rapat dengan teknologi di mana dengan
Adanya teknologi maka lahirlah senjata nuklear, komputer, laser, peralatan
perubatan yang canggih dan sebagainya.
Kesimpulannya, semua pendidikan pada masa hadapan patut tertumpu pada matematik, sains dan teknologi sejajar dengan era globalisasi.

Amaran kepada Sains dan Teknologi
Sains tidak akan dapat menjadikan pendidikan mencukupi kerana sains tidak dapat memberitahu apa yang anda perlu lakukan di dalam kelas
Keduanya, kejuruteraan, teknologi dan matematik bukanlah hanya perkara / ilmu yang penting dalam bidang ilmu pengetahuan.
- Pengetahuan dalam ilmu lain seperti sains sosial, kemanusiaan, sastera, sivik,etika, kesihatan, keselamatan juga penting di dalam memperkayakan ilmu pengetahuan.
- Di tempat kerja, ketua bukan sahaja perlukan ilmu sains dan teknologi tetapi ilmu politik, hubungan sekerja dan lain-lain juga diperlukan.

Globalisasi
Dalam era globalisasi, kita menerima betapa pentingnya sains dan teknologi tetapi tidak pula mengajar saintifik cara untuk berfikir, membiarkan ia mencipta individu dengan sintesis dan kapasiti penciptaan penting bagi meneruskan ilmu sains dan teknologi.
Melihat kepada bidang pekerjaan, kita telah semakin menyedari betapa pentingnya melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Berfikir secara global, bertindak secara lokal, kenegaraan dan kedaerahan.

Kesimpulan Topik 1
Individu tanpa satu atau lebih disiplin tidak akan berjaya di tempat kerja dan hanya boleh melaksanakan satu tugas sahaja.
Individu tanpa keupayaan sintesis akan menyimpan terlebih maklumat dan tidak berupaya membuat keputusan tentang peribadi dan perihal profesional.
Individu yang tidak mempunyai keupayaan daya cipta akan digantikan oleh komputer dan akan ketinggalan.Individu tanpa rasa hormat tidak akan diberi penghormatan oleh orang lain.
Individu tanpa etika yang baik akan disisih oleh masyarakat.

No comments:

Post a Comment