Monday, June 29, 2009

Ulasan Buku

Five Mind For The Future

Topik 5

Perbezaan pada dasar dan mengikut perubahan era

Manusia pada asalnya berbeza dari pelbagai sudut. Dari kehidupan harian kepada cara pengebumian atau coretan di gua yang dijumpai oleh ahli arkeologi dengan jelas melihat perbezaannya. Manusia adalah berpuak-puak, oleh itu tanda-tanda artifak yang ditinggalkan oleh manusia terdahulu telah menjelaskan tentang perbezaan cara hidup, pemakanan dan amalan harian.
Terdapat juga konflik yang membawa kepada peperangan, global disebabkan oleh perbezaan pendapat dan prinsip contohnya surat yang ditulis oleh Mathma Gandhi kepada Hitler. Selain itu dalam sukan / fesyen juga terdapat per telingkahan pendapat mengenainya . Manusia sangat cenderung untuk membina kumpulan yang berminat dan pendapat yang sama.
Segala-galanya berubah mengikut zaman dan keperluan semasa seperti teknologi terkini yang membolehkan komuniti bertemu di alam siber. Ianya juga dihasilkan mengikut kumpulan tertentu.

Memperkembangkan pembangunan (milestone)
Dari kecil kita dididik untuk menghormati orang. Mengenal pasti perbezaan asas seperti yang lebih tua dan memahami untuk menghormati mereka. Pada umur 5 tahun, mengenal pasti perasaan sayang, persahabatan, perkumpulan dan perasaan benci. Tugas mendidik adalah tanggungjawab setiap masyarakat dalam menghasilkan generasi berbudi bahasa dan bertamadun.

Pendidik bertanggungjawab
1. Menjadi role model untuk diteladani.
2. Berdisiplin.
3. Teladan yang perlu dihormati.

No comments:

Post a Comment