Sunday, June 21, 2009

ULASAN BUKU

Five Minds For The Future ( Topik 4 )

Creating Mind

Kreativiti seseorang manusia tidak diberikan secara natural (semula jadi) sahaja. Ia harus ditambah dan diperbaiki dengan pembelajaran yang berterusan.
Kita selalu ingat atas jasa baik cendekiawan seperti Galilie Galiao yang memberi inovasi sebagai saintis. Walaupun mereka juga mempunyai sejarah yang sebaiknya di akhir hidup mereka. Dahulu orang-orang yang kreatif selalu dipandang mulia oleh masyarakat sekeliling.
Dalam masyarakat kini, setiap tugasan mempunyai keperluan tertentu dalam melaksanakannya. Tugasan harian yang dilaksanakan ada sesuatu yang rutin dan akan berubah dalam jangka masa yang singkat. Oleh itu masyarakat kini terpaksa mengikut perubahan terkini untuk bersaing dan meningkatkan kreativiti mereka. Melalui pembacaan dari internet dan buku-buku membantu mereka dalam memahami kehendak semasa.

Konsep semula kreativiti (creativity reconceptualised)

Secara amnya, kreativiti adalah sebahagian daripada kehidupan. Teori awal menyatakan bahawa kreativiti adalah fungsi ketelusan atau kebijaksanaan. Ia juga melibatkan sentuhan misteri (inspirasi seseorang dalam menghasilkan sesuatu yang kreatif. Pada masa kini, kreativiti ditafsirkan sebagai satu ancaman kepada seseorang individu. Oleh itu ia boleh diukur melalui ujian dan mengenal pasti domain-domain prestasi yang berkenaan.
Dalam ujian kreatif yang biasa digunakan adalah dengan menguji responden untuk menggunakan ‘paper clip’ , di mana responden diminta untuk menghasilkan pelbagai kegunaannya. Cara pemikiran begini digunakan dalam dunia perniagaan di mana De Bono menekan tentang kepentingan ‘lateral thinking’ (kebolehan untuk menukar rangka kerja dalam suasana yang berlainan). De Bono juga terkenal dengan konsep ‘meta thinking’ iaitu belajar tentang kepentingan berfikir cara berfikir yang sesuai.
Walaupun kini ramai saintis yang mempunyai pelbagai pandangan tentang pemikiran kreatif. Pencipta resolusi untuk pelbagai bidang akademik seperti huraian struktur DNA, teori fizik, fesyen dan sebagainya.

3 elemen utama dalam interaksi dalam kreativiti :
1. Individu asas domain (sebagai domain).
2. Budaya yang dibawa oleh domain.
3. Bidang sosial yang disertai (institusi yang disertai oleh individu).

Dari Pengiraan kepada sesuatu korektor

Jelasnya, setiap ciptaan memerlukan kebijaksanaan, kemahiran dan disiplin. Shakespeare yang genius dalam bahasa dan sewajarnya bijak dalam menilai ciri-ciri kemanusiaan. Mozart popular dalam olahan muzik yang dianugerahkan dari zaman kanak-kanak lagi.
Apakah perbezaan antara pencipta dan para bijaksana mengikut pendapat penulis, perbezaannya bukanlah dari prinsip kognitif.
Pencipta Mozart mengikut kronologinya adalah seorang yang mempunyai banyak konflik dalam kehidupannya. Pernah gagal beberapa kali dan bangkit untuk menegakkan ideanya yang hasil dari kreativitinya. Oleh sebab cita-cita dan kegigihan mereka yang membawa kejayaan kepada mereka.

Mendidik pencipta sepanjang kehidupan

- Individu dalam bidang yang bersifat akademik seperti matematik, sains dan sejarah hendaklah banyak merujuk kepada literasi/pembacaan dan latihan yang konsisten bagi menjadikan mereka ‘master’/menguasai bidang yang dipelajari.
- Dalam bidang kreatif bermula dari zaman kanak-kanak kerana ia adalah anugerah. Contohnya Pablo Picasso menyatakan bahawa beliau melukis seperti Raphael mengambil masa seumur hidupnya untuk belajar. Pada dasarnya ibu bapa memainkan peranan dalam mengasah bakat yang ada pada anak mereka.
- Penulis juga menekan minda sintesis juga penting bagi membina pelbagai keupayaan dalam keupayaan dalam sesuatu entiti.
- Dalam domain yang lain seperti matematik, chess dan penulisan lirik, memerlukan kreativiti yang tinggi untuk menguasainya. Ia perlu juga dimulakan dari umur yang muda.
Kreativiti mengikut kumpulan besar dan kecil
Kecuali dalam bidang perniagaan, kebanyakan bidang kreatif fokus kepada penguasaan minda, method dan motivasi oleh individu sebagai pencipta.
Oleh itu dalam kumpulan, kreativiti dinilai dalam hasil kerja kumpulan, contohnya dalam media massa, hasil yang dipaparkan adalah kombinasi dari individu yang mempunyai daya kreativiti yang berbeza-beza. Kejayaan kombinasi, idea dan kreativiti kumpulan adalah paparan yang penting untuk ditunjukkan.

Kesan buruk dari kreativiti

Risiko, kesilapan, bahaya dan penyalahgunaan kreativiti seseorang akan mengundang masalah kepada individu atau sekeliling.
Oleh itu, dalam menghasilkan kreativiti, perlu ada etika agar tidak menggugat hak-hak kemanusiaan atau membahayakan masyarakat atau orang awam. Contoh bidang fizik, kimia, elektrik atau seni.

Mencipta dan sintesis (mensintesiskan)

Terdapat hubungan yang rapat antara mencipta dan membuat sintesis. Pada dasarnya kedua-dua proses di atas memerlukan literasi (rujukan akademik) dan disiplin. Kedua-duanya mempunyai kebaikan dan cabaran yang pelbagai dalam menghasilkan kreativiti.
Ciptaan terbaik adalah hasil daripada menggunakan minda sintesis. Walaupun tiada garis sempadan yang jelas membezakan antara mencipta dan sintesis.


No comments:

Post a Comment